Hingar Brown
Hingar Brown

Hingar Brown

Dalam sains, hingar Brown (Jawi: ‏هيڠر براون‎‎), juga dikenali sebagai hingar merah (Jawi: ‏هيڠر ميره‎‎), ialah jenis hingar isyarat yang dihasilkan oleh gerakan Brown, oleh itu nama alternatifnya hingar rawak. Istilah "hingar Brown" bersempena Robert Brown yang mendokumentasikan gerakan tidak menentu untuk pelbagai jenis zarah tidak bernyawa dalam air. Istilah "hingar merah" berasal daripada analogi "hingar putih"/"cahaya putih"; hingar merah kuat dalam panjang gelombang yang lebih panjang, serupa dengan hujung merah spektrum tampak.